KOTA KINABALU: Projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) dijangka disambung semula mulai bulan depan, kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.
Beliau berkata pembinaan itu diteruskan selepas kontrak tambahan keenam projek tersebut ditandatangani pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Langkawi, Mei lepas.
"Lima kapal LCS akan diserahkan kepada TLDM secara berperingkat dengan kapal pertama dijangka diserahkan pada penghujung 2026," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penutup Eksesais Angkasa dan Samudara (Eksesais ANGSA) Siri 14/23 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sepanggar dekat sini hari ini.
Mengenai projek Kapal Misi Pesisir (LMS), Abdul Rahman berkata ia masih lagi di peringkat mengenal pasti pembina sesuai untuk melaksanakan pembinaan projek itu berdasarkan spesifikasi ditetapkan TLDM.
"Peruntukan telah diberikan, kita mengharapkan kontrak tersebut dapat dimeterai selewat-lewatnya pada tahun ini dan pembinaan dapat dimulakan pada tahun depan dengan jangkaan 36 bulan untuk disiapkan," katanya.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata Eksesais ANGSA yang menggabungkan TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), bermula sejak 28 Julai lepas melibatkan seramai 2,562 anggota yang turut merangkumi Tentera Darat Malaysia sebagai elemen sokongan dan pemerhati.
Beliau berkata objektif eksesais itu antara lain untuk menilai saling boleh kendali TLDM dan TUDM khususnya dalam aspek 3P iaitu People, Process, Platform dengan penglibatan aset milik kedua-dua perkhidmatan.
"Ekesais ini signifikan dalam memastikan kedua-dua perkhidmatan mampu beroperasi sebagai sebuah angkatan tugas yang lebih serba boleh dan efisien di zon maritim Malaysia," katanya.
Sementara itu, Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata TUDM telah menandatangani kontrak pembelian pesawat peronda maritim baharu ATR 72 yang dijangka masuk dalam inventori TUDM mulai 2026, selain kontrak pembelian fasa pertama tiga unit sistem udara tanpa pemandu (UAS) buatan Turki.
Terdahulu, Mohd Asghar Khan ketika berucap pada majlis itu berkata selain meningkatkan tahap kesiagaan dan saling khidmat antara TUDM dan TLDM, Eksesais ANGSA kali ini adalah pemacu kepada penambahbaikan taktik, teknik serta prosedur antara kedua-dua perkhidmatan di peringkat operasional dan taktikal.
"Harapan saya usaha peningkatan elemen kebersamaan ini akan terus dipertingkatkan lagi di masa hadapan bagi membentuk sebuah angkatan tugas yang lebih matang dan diyakini dalam pelaksanaan operasi domain maritim secara kolektif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
Abdul Rahman berkata pembinaan itu diteruskan selepas kontrak tambahan keenam projek tersebut ditandatangani pada LIMA 2023 di Langkawi, Mei lepas. -Gambar fail/Bernama
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia Lee Zii Jia selangkah untuk memenangi gelaran pertamanya tahun ini.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Perolehan kumpulan kedua tiga LMS dijangka dimuktamadkan tahun ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata pembinaan LMS dijangka mengambil masa tiga tahun selepas proses perolehan tersebut selesai.
LCS: RM7.02 bilion telah dibayar kerajaan sehingga kini - Menteri Pertahanan
Angka itu merupakan 62.49% daripada jumlah kos projek berjumlah RM11.22 bilion, dibayar mengikut kontrak yang ditetapkan.
LCS pertama capai 85 peratus November ini, lalui ujian di laut
Kedua-dua ujian berkenaan mengambil masa selama dua tahun sebelum LCS pertama dijangka ditauliah pada 2026.
Projek LCS: Representasi bekas Pengarah Urusan BNS untuk gugur pertuduhan ditolak
Jabatan Peguam Negara menolak representasi Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor untuk menggugurkan tiga pertuduhan pecah amanah.
LCS: Mindef sedia bentang laporan setiap tiga bulan - Adly
Mindef akur dengan syor penambahbaikan PAC untuk membentangkan laporan kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) setiap tiga bulan.
Kenaikan kos RM2.068 bilion LCS ambil kira penjimatan RM450 juta secara keseluruhan - PAC
Bahagian Audit Kementerian Pertahanan telah melaksanakan satu semakan terperinci bagi mengesahkan nilai kos tambahan tersebut.
Isu LCS: Mindef nafi tak libat AGC, tiada kemajuan pembinaan
Kementerian Pertahanan menegaskan AGC sentiasa dilibatkan dalam memuktamadkan perjanjian tambahan keenam (SA6) berkenaan pembinaan LCS.
Lanjut lagi, PAC dedah 5 kapal tempur LCS hanya akan siap pada 2029
Tempoh masa bagi pembinaan lima Kapal Tempur Pesisir (LCS) akan dilanjutkan lagi kepada 83 bulan dan kesemua lima kapal berkenaan akan diperoleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 2029.